الخميس، 8 يوليو 2010

Kata-kata Aluan

Dengan ini, saya, Pakar Tipu dengan sukacitanya melancarkan blog terbaru saya.

Pakar Tipu bukannya Penipu. Pakar Sakit Puan juga tak ada penyakit keperempuanan, bukan?

Pakar tak semestinya terlalu hebat. Pakar Perubatan pun tak dapat menyembuhkan semua penyakit. Cuma Pakar Tipu minatnya lebih cenderung menganalisis kes-kes penipuan. Kadangkala Pakar Tipu pun tertipu.

Pakar Tipu pernah menonton satu filem(tak habis tengok pun sebenarnya) mengenai dunia tanpa penipuan. Dari pengamatan Pakar Tipu, ada beberapa sebab mengapa manusia menipu. Antaranya adalah untuk berseronok dan mencapai sesuatu dengan cara mudah. Ada juga yang mendapat tekanan dari luar seperti kemiskinan yang memaksa untuk menipu.

Dunia semakin maju. Pelbagai sistem dibangunkan untuk menyekat kemaraan orang-orang yang menipu. Dan mereka semakin pandai pula menipu!!! Sistem baru terpaksa dicipta pula. Sungguh menyusahkan orang.

Pakar Tipu menulis blog ini bertujuan untuk menganalisis kaedah-kaedah penipu supaya kita dapat mengesan tindak-tanduk mereka dan dapat menghalang mereka.

Selamat membaca!!!